Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Bethesda Membuat “Penuduhan Tanpa Asas” – Maklum Warner Bros.

45

Berikutan dari pelancaran permainan mudah alih, Westworld dari Warner Bros., Bethesda mengambil tindakan undang-undang kepadanya, atas permainan tersebut menyerupai permainan mudah alih mereka, Fallout Shelter. Malah pemaju permainan tersebut, Behaviour Interactive pernah mengeluarkan kenyataan kasar, bahara Westworld adalah “permainan tiruan secara bulat-bulat” dari permainan yang dibina oleh mereka.

Warner Bros. kini tampil memberi maklum balas pada isu ini. Bercakap dengan Gamesindustry.biz, syarikat tersebut mempertikaikan tuduhan diberi khususnya penuduhan salinan kod sumber permainan mereka dari permainan Bethesda. Walaubagaimanapun, mereka akui, konsep permainan mereka adalah serupa.

Warner Bros. membuat kenyataan bahawa sebagai syarikat yang ternama didunia, sudah semestinya mereka menghormati dengan isu hak harta intelek.

Malah, syarikat yang terkenal dengan siri permainan Batman dan LEgo itu juga mengatakan bahawa tuduhan Bethesda adalah tidak benar dan ianya adalah sebuah tuduhan tanpa sebarang asas.

Mereka juga memberi kenyataan tentang ketiadaan kod sumber Fallout Shelter digunakan sama sekali didalam Westworld.

Untuk transkrip temu ramah penuh, anda boleh baca di Gamesindustry.biz.

Artikel asal diterjemah dari Gamer Matters.