Statistik terkini menyatakan bahawa pemain Star Wars Battlefront untuk platform PlayStation 4 lebih banyak berbanding gabungan pemain dari platform PC dan Xbox One. Statistik ini dikeluarkan oleh swbstats, sebuah laman web yang menunjukkan data jumlah pemain untuk game Star Wars Battlefront.
Mengikut rekod, catatan tertinggi untuk pemain yang online dalam satu masa bagi platform PS4 adalah sebanyak 188,171 berbanding dengan 113,696 untuk Xbox One dan PC dengan 48,292 sahaja. Apa yang menarik adalah bilangan bagi PS4 lebih dari jumlah kedua-dua platform Xbox One dan PC dengan sebanyak 25,000 perbezaan pemain.

Electronic Arts selaku syarikat pengeluar game ini menyatakan bahawa mereka ingin mencapai jualan sebanyak 13 juta unit di seluruh dunia. Setakat ini tiada data diberikan tentang jumlah unit yang terjual selepas mula dipasaran semenjak 17hb November 2015.

