Penantian permainan RPG pandang pertama CD Projekt Red makin mendebar saban hari ke tarikh pelancarannya. Untuk persiapan, khususnya para pemain PC, CD Projekt mengumum spesifikasi minima dan disyorkan untuk permainan tersebut.
Spesifikasi Minima:
- CPU: Intel Core i5-3570K / AMD FX-8310
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 780 3GB atau AMD Radeon RX 470
- RAM: 8 GB
- Storan: 70 GB (SSD disyorkan)
- Sistem Operasi: Windows 7 atau 10 (x64)
Spesifikasi Disyorkan:
- CPU: Intel Core i7-4790 / AMD Ryzen 3 3200G
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB atau AMD Radeon R9 Fury
- RAM: 12 GB
- Storan: 70 GB (SSD disyorkan)
- Sistem Operasi: Windows 10 (x64)
Mengikut dari sepsifikasi diatas, nampaknya permintaan permainan ini terhadap mesin PC pemain agak wajar dan sesuai untuk majoriti pemain, khususnya pemain PC taraf pertengahan.
Untuk pemain PC juga, Cyberpunk 2077 menyokong teknologi audio Dolby Atmos, satu teknologi yang pernah digunakan oleh permainan Tomb Raider.
Selepas dua kali penundaan, Cyberpunk 2077 bakal hadir ke pasaran pada 19hb November ini untuk PS5, PS4, PC, Xbox One dan Xbox Series (S/X).