fbpx

Borderlands 3 Bakal Hadir Ke PS5 & Xbox Series Dengan Tawaran Naik Taraf Secara Percuma

Gearbox Software kebiasaanya hadirkan diri pada acara PAX dan kali ini ianya diacarakan secara digital. Dan dari acara tersebut, mereka membuat pengumuman mengenai permainan penembak looter mereka, Borderlands 3 bakal hadir ke konsol generasi baharu, iaitu PS5 dan Xbox Series S & X.

Borderlands 3 boleh dimainkan sehingga 4K 60fps untuk PS5 dan Xbox Series X didalam mod permainan perseorangan, dan juga kebolehan untuk split-screen bakal hadir, iaitu salah satu fungsi yang diminta oleh para komuniti sebelum ini. Kemaskini multi-pemain tersebut juga bakal hadir ke konsol PS4 dan Xbox One.

Dalam masa yang sama, mereka juga mengumum DLC baharu bakal hadir kelak, dan DLC ini tidak termasuk didalam 4 DLC dibawah pas musim yang sedia ada. DLC ini bakal membawakan cabang kemahiran baharu untuk kesemua Vault Hunter didalam permainan ini.

Nampaknya banyak kandungan baharu bakal hadir kedalam Borderlands 3. Untuk DLC baharu yang diumum, ianya dijadualkan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Sumber: Laman rasmi Borderlands.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -