Bukan Masa Untuk Cyberpunk 2077 Setakat Ini

Now Reading
Bukan Masa Untuk Cyberpunk 2077 Setakat Ini

Pembina CD Projekt Red, sebuah studio yang sama membina francais yang terkenal dan mendapat markah reviu tertinggi, The Witcher 3: Wild Hunt, kini banyak ura-ura adakah mereka mengeluarkan game Cyberpunk 2077 dalam masa terdekat?

CEO kepada CD Projekt, Adam Kicinski berkata “Tahun ini, dan juga pada tahun depan, ianya hanya tentang Witcher”. Kata beliau, buat masa ini bukan masa yang sesuai untuk menyatakan apa-apa berita tentang Cyberpunk 2077 kerana masih terlalu awal untuk game tersebut.

Salah satu faktor dari Kotaku Australia menyatakan, impak prestasi jualan Witcher 3 mungkin akan berlaku jikalau mereka mengumumkan berita game terbaru mereka. Witcher 3 mendapat jualan sebanyak 1.5 Juta unit sebelum pelancaran.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen