Bully: Anniversary Edition Boleh Dimain Melalui Peranti iOS Atau Android Anda

Sebuah game klasik dari zaman PlayStation 2 yang diminati ramai, Bully kini menyambut ulangtahun ke-10 dari tarikh pelancarannya. Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Rockstar mengeluarkan edisi khas, Bully: Anniversary Edition untuk platform mudah alih iOS dan Android.

Bully: Anniversary Edition akan didatangkan dengan versi yang sama seperti versi asal dengan penambahbaikan dari segi grafik dan sokongan alat kawalan.

Mode baharu juga diberikan, dimana pemain boleh mencabar pemain yang lain melalui konsep mini-game.

Bully: Anniversary dijual pada harga RM28.99 untuk platform Android manakala USD$6.99 untuk iOS.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen