fbpx

Burnout Paradise Akan Hadir Semula Untuk Konsol PS4

Jikalau anda ingin kembalikan nostalgia anda kepada Paradise City didalam konsol generasi kini, ini adalah peluang terbaik untuk anda.

Seperti yang dilaporkan oleh Gematsu, Burnout Paradise akan dikeluarkan semula untuk konsol PS4, namun untuk pasaran Jepun buat masa ini. Permainan ini akan dilancarkan pada 16hb Mac dan dijual pada 4,104 Yen (anggaran RM145). Berita ini mungkin pernah didengari oleh banyak pihak atas beberapa maklumat tertiris sebelum ini.

EA adalah sebuah penerbit yang menolak konsep jualan semula permainan mereka didalam konsol generasi baharu seperti kenyataan mereka sendiri bersama media sebelum ini (sumber 1 & sumber 2). Malah, mereka meminati konsep dijual secara reboot / prequel, sebagai contoh, permainan video seperti Mirror Edge, Syndicate dan juga Need For Speed yang menggunakan nama yang bertahun lamanya.

Paradise berkemungkinan hanya akan dijual sebagai alihan dari konsol lama ke generasi kini daripada dijual sebagai versi remaster. Tiada maklumat rasmi setakat ini, namun kemungkinannya agak tinggi dan akan diumum dalam masa terdekat.

Sumber: Twitter, melalui Gematsu

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -