eSports sudah semestinya sebuah kategori sukan liga gaming yang terkenal di seluruh dunia. Ganjaran yang akan diterima juga bukanlah sedikit, namun boleh mencecah jutaan ringgit kepada pemenang.
Kini, Mountain Dew, mengumumkan pertandingan Mountain Dew – Dew Challenge Amateur Dota 2 Tour untuk mendapat peluang memenangi sebanyak RM150,000.
Program ini dibahagikan pada dua kategori: Regional Qualifiers (Pusingan Kelayakan) dan Pertandingan antara kolej dan universiti.
Untuk kategori Regional Qualifiers, sebanyak 224 pasukan akan bertanding pada lokasi berikut:
1) Pulau Pinang – Dotz Cyber Cafe (17hb – 18hb Oktober)
2) Kuantan – W.O.C Cyber Cafe (31hb Oktober – 1hb November)
3) Kuala Lumpur – Orange Stadium (7hb – 8hb November)
4) Johor Bahru – King Surf (14hb – 15hb November)
5) Selangor – Invasion Cyber Cafe (21hb – 22hb November)
Manakala untuk pertandingan antara kolej dan universiti pula, sebanyak 640 pelajar boleh menyertai acara ini.
Acara final akan diadakan pada 5hb-6hb Disember ini.