Activision kini mengumumkan bahawa Call of Duty baharu akan hadir tahun ini dan ianya dibina oleh studio yang terkenal dengan siri Modern Warfare, iaitu Infinity Ward.
Ini telah menjadi kebiasaan bahawa siri tembakan dari pandangan pertama seperti Call of Duty dan Battlefield akan mendapat sekuel dengan agak kerap untuk dipasarkan. Namun mengikut dari Activision, siri baharu game ini akan lebih dari inovatif dari siri sebelumnya, walaupun tiada berita lanjut dan maklumat baharu yang akan dipaparkan setakat ini.
Game terakhir yang dibina oleh Infinity Ward adalah Call of Duty: Ghosts pada tahun 2013 sebagai salah satu game terawal untuk platform Xbox One & PlayStation 4.