Now Reading
Priva II – Solusi Untuk Menghubung Fon Kepala Tanpa Wayar Kepada PS4?

Pernah tak anda semua cuba untuk menghubungkan fon kepada / telinga tanpa wayar anda kepada konsol PlayStation 4 namun gagal seperti gambar dibawah?

Isu ini adalah normal bagi PlayStation 4 itu sendiri dengan ketidakserasian tetapan Bluetooth konsol tersebut dengan kebanyakan gajet dipasaran. Maka, Avantree Priva II adalah sebuah gajet yang mungkin boleh memberi jalan penyelesaian kepada pemain sekalian.

Kotak Priva II Yang “Compact”

Penafian; artikel ini adalah sebuah artikel reviu untuk produk Avantree Priva II. Sila layari Ookas untuk membeli secara atas talian dengan harga terendah.


Priva II adalah sebuah gajet yang kecil dan mempunyai reka bentuk yang agak minimal. Fungsi utama gajet ini adalah untuk menghubungi mana-mana alat elektronik didalam rumah anda kepada fon kepala / telinga tanpa wayar anda dengan lebih mudah. Alat elektronik seperti televisyen, komputer, mahupun konsol PlayStation atau Xbox boleh dimanfaat sama sekali dengan peranti ini.

Nyah Kotak & Pandang Pertama Priva II

Pakej Yang Diberikan Selepas Nyah-Kotak

Sebagai permulaan, mari lihat apakah yang akan diberi selepas anda membuka kotaknya. Walaupun kotak yang diberi adalah kecil (duh), namun pakej yang diberikan amat memuaskan. Pakej yang lebih mengutamakan kepada kabel audio seperti kabel 3.5mm, kabel RCA, kabel USB untuk pengecasan, dan juga converter yang amat membantu untuk isu ketidakserasian. Panduan pengguna, waranti dan manual juga diberi.

Pandangan Atas Priva II

Untuk pandang pertama, peranti ini amatlah kecil namun mempunyai kemampuan untuk menahan sehingga 8jam penggunaan secara terus sebagai penghantar audio secara tanpa wayar. Selain dari butang yang besar dibahagian atas untuk perhubungan secara Bluetooth, ianya mempunyai butang pilihan untuk digunakan secara bateri atau aliran kuasa (DC) dibahagian sisi peranti tersebut.

Selain dari itu, pencucuh auxiliary (AUX) dan juga USB (DC IN) disertakan sekali.

Pandangan Sisi Priva II


Kualiti Audio Dan Penggunaan

Untuk menghubungkan alat elektronik dengan fon kepala anda, ianya amatlah mudah dengan Priva II ini, malah panduan pengguna yang diberi juga amat ringkas dan senang difahami. Apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan kabel audio elektronik anda kedalam port AUX yang disediakan, dan menekan butang besar dari Priva II untuk menghubungkan secara Bluetooth kepada fon kepala tanpa wayar anda.

Hubungan Sehingga 8 Jam

Selepas itu secara automatik ianya akan dihubungkan, malah boleh dihubungkan sehingga dua fon kepala tanpa wayar dalam masa yang sama.

Bagi kami, kualiti audio adalah amat baik dan kami juga mendapati tiada kehilangan (lag) terjadi semasa menggunakan peranti ini seperti yang dipasarkan oleh Avantree, yang dimana kelajuan penyampaian suaranya adalah serendah 32ms (Miliseconds). Namun ini bergantung kepada keadaan sekitar, gangguan masih akan terjadi jikalau anda mempunyai banyak gajet bluetooth berdekatan.

Durasi Penyampaian Audio Yang Rendah

Priva II juga amat mudah disimpan, dengan dasar yang mempunyai magnet untuk dilekatkan pada pelbagai permukaan untuk menyembunyikan kabel-kabel yang menghubung kepada peranti ini.

Dasar Magnetik


Maka, Boleh “Settle” Ke Isu Dengan PlayStation 4?

Sudah semestinya, sebagai peranti yang membantu untuk menyampaikan audio secara Bluetooth kepada fon kepala tanpa wayar anda, sekaligus ianya sebuah solusi kepada isu yang kita semua hadapi sebelum ini.

Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan menghubungi kabel audio dari TV anda (pastikan audio PlayStation 4 anda keluar melalui TV) dan hubungkan dari Priva II kepada fon kepala anda. Mudah bukan?

Bagi kami peranti ini amatlah bagus dan membantu kepada yang mempunyai isu ini sekian lama. Namun dengan tag harga RM179, berkemungkinan pemain perlu membuat keputusan yang sukar khususnya pada siapa yang telahpun membeli seunit fon kepala tanpa wayar yang agak mahal.

Terima kasih kepada Ookas atas unit reviu yang diberikan kepada kami.

Pandangan Positif Kami

- Kecil dengan reka bentuk yang minimal
- Sekaligus sebuah peranti yang memberi solusi kepada isu fon kepala tanpa wayar kepada PS4
- Pakej didalam kotak dengan kepelbagaian kabel mengikut kesesuaian
- Penyampaian audio yang amat baik

Pandangan Negatif Kami

- Harga yang agak tinggi untuk peranti dengan fungsi yang ringkas ini
- Bateri yang berdurasi 8 jam tidaklah berapa lama

Markah Kami
Markah Pembaca
Rate Here
Kesan Bunyi / Suara
9.0
Reka Bentuk
9.5
Spesifikasi
8.6
Harga
4.5
7.9
Markah Kami
Markah Pembaca
You have rated this
About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen