Pernah tak anda semua terpikir, “hmmm.. adakah K/D aku akan bertambah baik apabila bermain COD didalam pandangan ketiga?”
Ianya pernah terjadi melalui video yang dimuatnaikkan oleh Tkade14 melalui Reddit, dimana pandangan beliau bertukar kepada pandangan ketiga melalui sesi permainan beliau di Survival Mode, Call Of Duty: Modern Warfare.
Seperti sedia tahu, permainan ini mengalami keadaan bug dan glitches yang tinggi. Maka Tkade14 adalah salah satu pemain (lucky?), pandangan ketiga tersebut secara tiba-tiba “muncul” selepas beliau dihidupkan semula dari downed oleh rakan pemain.
Melalui topik di Reddit tersebut, beberapa pemain lain juga mengalami perkara yang sama. Dan menariknya, ramai peminat meminta Infinity Ward untuk membawakan “kerosakan” tersebut sebagai salah satu pilihan pandangan.
Namun kita semua tahu, ianya agak sukar bagi pihak developer untuk membawakan fungsi tersebut atas sebab kelebihan dari pilihan tertentu. Dalam kata lain, pemainan ini akan “imba” bila seorang dalam pandangan pertama melawan seorang dari pandangan ketiga.
Apapun, ianya sebuah fungsi yang mungkin disambut baik, dan kami rasa mungkin Infinity Ward boleh consider untuk bawa fungsi ini didalam Campaign Mode? Apa kata anda?
Sumber: Reddit, melalui ScreenRant.
Tentang Chill Lah! : Salleh ada kata, “just for fun“. Sebuah artikel tentang benda random dalam internet yang kami nak kongsi, tetapi disampaikan dengan kelonggaran formaliti artikel kami.