fbpx

China Kini Mendahului Untuk Pasaran Gaming

Masih ingat lagi tidak bahawa salah satu artikel kami bahawa China akan mendominasi pasaran jualan game dan mengalahkan US? Ya, ianya kini terlah terjadi, lebih awal dari yang dijangkakan.

Berdasarkan dari pihak analisis yang sama, Newzoo, telah menyatakan anggaran statistik jualan untuk pasaran gaming bagi tahun 2015. China akan mencapai jualan lebih dari USD $22.23 billion sebagai nombor satu didunia melepasi pasaran US sebanyak USD $21.96 billion. Jumlah jualan ini tidak termasuk daripada jualan konsol dan online gambling.

2951911-chart

Mengikut statistik diatas, ini sekaligus melebihi daripada jangkaan Newzoo yang sebelum ini menyatakan bahawa pasaran China akan melebihi US pada 2018.

China adalah salah satu pasaran baharu untuk industri gaming. Dengan populasi yang besar dengan statistik penjualan atas talian yang tinggi, tiada penafian boleh dibuat sehinggakan Sony dan Microsoft kini memfokuskan pemasaran mereka di negara tersebut.

2951912-newzoo_top_100_countries_by_game_revenues_apac

Jepun pula berada di tempat ketiga selepas US dengan pasaran berjumlah USD $12.33 billion manakala negara jiran mereka, Korea Selatan berada di tahap USD $4.02 billion.

Berikut adalah top 10 untuk statistik jualan diseluruh dunia:

  1. China — $22,227,194,000
  2. Amerika Syarikat (US) — $21,962,491,000
  3. Jepun — $12,328,860,000
  4. Korea Selatan — $4,022,366,000
  5. Jerman — $3,654,669,000
  6. United Kingdom (UK) — $3,533,493,000
  7. Perancis — $2,460,172,000
  8. Kanada — $1,811,271,000
  9. Sepanyol — $1,564,223,000
  10. Itali — $1,505,800,000


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -