fbpx

Chinatown Detective Agency, Permainan Dari Singapura Mecapai Sasaran Dana Kickstarter

Permainan indie point-and-click adventure yang dibangunkan oleh Singapore General Interactive, Chinatown Detective Agency pernah mula membuka pencarian dananya didalam Kickstarter.

Kempen tersebut telah dibuat dengan jayanya dengan mencapai dana sasaran mereka, dan kini mereka mula mengumpul dana tambahan untuk beberapa kandungan ekstra.

Peringkat pertama adalah SGD $60,000, dimana permainan ini akan dibawakan dengan bahasa Jerman, Cina, Sepanyol, Perancis, Portugis dari Brazil dan juga bahasa Jepun.

Manakala The Hong Lim Mahjong Club, sebuah mini-game permainan Mahjong akan ditambah untuk dana peringkat kedua, pada SGD $65,000.

Dimana kandungan ekstra adalah pada SGD $70,000, dimana permainan ini akan dibawa ke platform Nintendo Switch, sebuah permintaan tinggi oleh peminat.

Chinatown Detective Agency adalah sebuah permainan yang diinspirasikan oleh siri Carmen Sandiego. Permainan ini adalah tentang merungkaikan misteri yang bermula di zaman cyber-noir di Singapura.

Pereka permainan ini, Mark Fillion, menyatakan permainan ini sebagai “Blade Runner dengan Da Vinci Code“, sebuah pengalaman permainan mengenai menghuraikan beberapa puzzle dan penyiasatan didalam dunia nyata.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -