Perperangan cip pemprosesan menjadi semakin menarik dari AMD dan juga Intel. Mengikut dari sumber Canard PC Hardware, sebuah majalah teknologi dari Perancis menyatakan bahawa cip AMD baharu dengan kod nama Ryzen mampu memberi kelajuan sehingga 5GHz melalui proses overclock dengan kaedah penyejukan angin.
Ianya tidak dinyata secara terang, namun netizen melalui laman komuniti Reddit terjumpa kod binari didalam majalah itu dan mendapat jawapan sebagai ZenOC@Air=5G selepas ditukar dari kod tersebut.
Sumber TechPowerUp menyatakan majalah tersebut telahpun mendapat unit demo untuk tujuan reviu atau percubaan. Maka, ini berkemungkinan kod binari yang diterbit itu adalah sebab tujuan “easter egg” kepada pembaca, sekaligus menaikkan keinginan atau hype kepada pengguna untuk membeli CPU baharu dari AMD ini.