fbpx

Cities: Skylines Dan Farming Simulator 19 Percuma Untuk PS Plus Bulan Mei

Nampaknya bulan Mei lebih kepada bulan kreatif dengan dua permainan simulator diberi secara percuma oleh Sony untuk pelanggan PS Plus sekalian. Farming Simulator 19, dan Cities: Skyline adalah permainan yang terpilih seperti video dibawah:

Farming Simulator 19, adalah dimana pemain mempunyai objektif untuk berkebun dan membangunkan ladang dengan dua jenis persekitaran yang berbeza. Pelbagai jenis kenderaan berlesen juga diberi didalam permainan ini. Menariknya, permainan ini juga mempunyai esukannya tersendiri.

Manakala permainan kedua adalah Cities: Skyline. Dilancarkan pada tahun 2015, ianya sebuah simulator yang mampu bersaing dengan SimCity semasa pelancaran, dan mempunyai banyak kandungan juga DLC tersedia. Mahupun hampir sedekad permainan ini dipasaran, ianya masih lagi relevan sehingga sekarang.

Kedua-dua permainan ini akan sedia dimuat turun pada 5hb Mei dan tamat pada 1hb Jun.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -