Cities: Skylines Terjual 3.5 Juta Unit Selepas Dua Tahun Pelancaran – DLC Percuma Akan Diberi

Now Reading
Cities: Skylines Terjual 3.5 Juta Unit Selepas Dua Tahun Pelancaran – DLC Percuma Akan Diberi

Penerbit permainan simulator bandar Cities: Skylines, Paradox Interactive mengeluarkan kenyataan bahawa ianya telah terjual sebanyak 3.5 Juta unit selepas dua tahun dari tarikh pelancaran.

DLC (Downloadable Content) percuma akan diberi bersempena dengan ulang tahun ke-2 permainan ini. Kandungan percuma tersebut adalah beberapa bangunan yang dinamakan “Pearls From the East pack” yang mengandungi Panda Zoo, Chinese Temple, dan Shanghai Pearl Tower.

Sebagai perbandingan, Cities: Skylines telahpun mencatat rekod sebanyak 1 juta unit terjual selepas sebulan dari tarikh pelancaran pada bulan April 2015.

“Terlihat ramai yang masih bersama permainan ini dan perkongsian yang hebat diantara komuniti tentang bandar dan mods mereka amat mengagumkan dan memberi inspirasi kepada kami”

Kata Mariina Hallikainen, Ketua Eksekutif pemaju Collossal Order untuk Cities: Skylines. Beliau berterima kasih keatas sokongan hebat yang diberi dari para pemain kepada mereka selama dua tahun ini.

DLC percuma ini akan diberikan tidak lama lagi, namun tiada tarikh rasmi diberikan.

 

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen