Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

COD: Infinite Warfare Dan Modern Warfare Remastered Memerlukan 130GB Ruang Data

5

Mengikut dari beberapa spekulasi peminat Call of Duty mengenai kotak yang diperkatakan bahawa kedua-dua Call of Duty Inifinite Warfare dan Modern Warfare Remastered memerlukan 130GB ruang data, Activision telahpun mengesahkan bahawa ianya benar dengan beberapa penerangan.

cod

Ianya baru sahaja dikemaskini melalui laman web rasmi Call of Duty, bahawa pelbagai kandungan diberikan seperti patch untuk Hari Pertama dan juga enam peta multiplayer yang menyebabkan saiznya sehingga 130GB.

Untuk perbandingan, IGN menyatakan Infinite Warfare berkemungkinan akan mengambil saiz sebanyak 90GB.

Namun Activision tidak menyatakan secara spesifik bahawa saiz ini adalah sama atau tidak untuk PS4 Pro, yang diperkatakan akan memerlukan saiz data yang lebih besar daripada konsol biasa.

Call of Duty: Infinite Warfare dan Modern Warfare Remastered akan mula dipasaran pada 4hb November ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.