COD: WWII Mencapai Jualan Terbaik 2 Minggu Selepas Pelancaran Berbanding Permainan Lain

Now Reading
COD: WWII Mencapai Jualan Terbaik 2 Minggu Selepas Pelancaran Berbanding Permainan Lain

Mengikut dari statistik jualan di negara UK, Call of Duty: WWII melonjakan prestasi jualan mereka sebagai permainan terlaris selepas dua minggu dari pelancaran. Ini adalah sebuah rekod yang tidak pernah dicapai semenjak tahun 2016 lagi.

Data yang diberi melalui Chart-Track ini sekaligus memberi gambaran bahawa Activision akhirnya kembali ke pangkal jalan selepas kegagalan dari siri sebelumnya, Infinite Warfare.

Selain itu, FIFA 18 kini di tangga ke-2, naik satu tangga dari minggu lepas, menggantikan Assassin’s Creed Origins yang kini berada ditempat ke-3.

Berikut adalah carta penuh (sumber: Gamespot) untuk jualan minggu-ke-minggu pasaran UK (tarikh akhir 11hb November 2017):

  1. Call of Duty: WWII
  2. FIFA 18
  3. Assassin’s Creed Origins
  4. Need for Speed Payback
  5. Sonic Forces
  6. Super Mario Odyssey
  7. Forza Motorsport 7
  8. Forza Horizon 3
  9. Gran Turismo Sport
  10. Football Manager 2018

Semestinya ini adalah salah satu pendekatan yang betul oleh Activision dengan statistik jualan diatas memberi gambaran maklum balas positif dari peminat.

Reviu penuh COD: WWII akan hadir kelak di GamerMalaya.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen