fbpx

Crash Bandicoot 4 Tertiris – Bakal Hadir Ke PS4 Dan Xbox One

Sebuah agensi penilaian dari Taiwan, iaitu Taiwan Digital Game Rating Committee telah mengumum penilaian mereka terhadap permainan yang tidak pernah diumum sebelum ini, Crash Bandicoot 4: It’s About Time.

Penilaian yang diumum tersebut dibawakan bersama deskripsi permainan itu yang menerangkan sedikit sebanyak jalan cerita atau pengalaman permainan tersebut.

Permainan yang ditiriskan oleh agensi ini membawakan dua kotak karya untuk dua platform, PS4 dan Xbox One. Dari kotak karya tersebut juga, kita dapat melihat logo Activision bersama logo Toys for Bob, iaitu sebuah studio pembangun yang pernah terlibat didalam permainan Spyro Reginited Trilogy.

Penerbit Activision juga pernah mengacah permainan Crash Bandicoot kepada media seperti Gematsu yang mengandungi teka-teki jigsaw.

Sumber: Gematsu.

Berkaitan

- Iklan -

Komen