Gadis ninja yang telah menguasai gaya Shiranui telah tiba ke dunia Atlan. Dengan menggabungkan kecantikan menawan dan kekuatan luar biasa, kehadirannya yang memukau memikat hati semua yang berpapasan dengannya. Estetik pertempuran yang diwarisi daripada permainan pertarungan legenda menyatu sempurna dengan sentuhan khas Crystal of Atlan untuk aksi mengujakan, menawarkan pengalaman kolaborasi yang setia menghormati legenda klasik.
Acara Log Masuk [Flame Dance Pact]
Acara log masuk istimewa: Log masuk selama 8 hari berturut-turut untuk menerima ganjaran hebat, termasuk bingkai avatar terhad kolaborasi “Crimson Firefan” dan gelaran terhad kolaborasi “Dancing With Flames.”

- Iklan -
Pakaian eksklusif Mai Shiranui “Flaming Butterfly” Untuk Fighter & Musketeer Telah Tiba
Mari turut serta bernari-nari dalam pesta peretempuran yang menjangkau dunia!
- Iklan -
Selepas penyelenggaraan pada hari Khamis, 27 Ogos 2026, siri acara pertumbuhan watak “Exlosive Debut” akan bermula secara rasmi.
Sugariff merupakan gadis yang tinggal di bandar Port Islands. Tiada pentas yang penuh kilauan di sini, hanya lorong-lorong sempit yang penuh dengan bau minyak engine dan sebuah radio boombox usang. Tapi inilah titik mula muziknya, jalanraya berubah menjadi pentas persembahan, malah nafasnya juga menjadi irama.
- Iklan -
Sugariff suka apa jua jenis bunyi, gendangan, alunan nada DTM, sorakan orang ramai, dan muzik rock yang menggetarkan jiwa… Bagi dia, muzik ialah sebuah peperangan untuk mengespresikan jiwa. “Aku benci muzik yang kita boleh agak apa rentak bunyianya!” Itulah prinsipnya dalam menulis lagu.
Untuk menghasilkan gayanya tersendiri, Sugariff bereksperimen tanpa henti, kadang-kadang di tepi jalan, adakalanya di bilik belakang dalam kedai alatan muzik, hanya dengan menggunakan penumbuk dan rentaknya untuk mencari inspirasi.
Suaranya berapi dan tak tertapis, seolah dia menjerit kepada dunia “Aku di sini!”
Akhirnya, Sugariff menjejak pentas di LINE MUSIC FEST, membawakan persembahan yang memukau orang ramai dan melenyapkan segala keraguan. Buat pertama kali, dia telah hasilkan muzik yang menggegarkan seluruh bandar yang sebelum ini senyap.
Tentang Nuverse
Nuverse adalah syarikat pembina dan penerbit permainan berkhidmat kepada pengguna dan pembangun global. Dengan hasrat untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pemain seluruh dunia, kami komited terhadap pembinaan permainan terbaik, pembinaan komuniti pemain dan dalam memberikan pengalaman permainan yang seronok, menarik dan memilukan kepada semua.
Tentang Crystal of Atlan
Permainan rentas-platform magicpunk combo action RPG yang dibina oleh VI-GAMES, studio pembinaan di bawah Nuverse. Selaku ahli “Thornbird Adventures’ Guild,” para pemain bakal teroka benua Atlan, dunia yang penuh dengan teknologi dan magic, selami rahsia disebalik “Crystal of Atlan”, sumber segala tenaga, dan bawakan kembali keamanan kepada dunia.
Download Now:https://playcoa.onelink.me/cacd/tzitd0sh
Official Facebook: https://www.facebook.com/CrystalofAtlan
Discord: https://discord.com/invite/tWEcmGhWgv
Official Website: https://coa.nvsgames.com/
YouTube: https://www.youtube.com/@CoA_Global
TikTok: https://www.tiktok.com/@crystalofatlan.PH
Ins:https://www.instagram.com/crystal_of_atlan/
Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Crystal of Atlan.

