Bermula Khamis, 21 May, 2026, Crystal of Atlan akan lancarkan kolaborasi bersama Nier: Automata, permainan disanjung ramai yang terjual lebih 10 juta salinan di seluruh dunia. Class baharu “Karmaslayer” juga diperkenalkan dan pesta ulang tahun pertama kami bermula!
Crystal of Atlan bakal mulakan sambutan ulang tahun pertama! Sempena sambutan ini, kami bekerjasama dengan NieR: Automata untuk kolaborasi epik yang menggabungkan tema pasca-apokalips dengan aksi high-octane.
Versi Kolaborasi Crystal of Atlan x NieR: Automata “Visitors from YoRHa” Bakal Lancar
NieR: Automata adalah permainan aksi RPG yang dibina oleh PlatinumGames dan diterbitkan oleh SQUARE ENIX, dengan lebih daripada 10 juta salinan terjual seluruh dunia.

Tentang NieR: Automata
Pada zaman akan datang, kaum manusia terpaksa lari ke bulan bagi menjauhkan diri daripada ancaman “Machine Lifeforms” yang terlalu banyak, semuanya dihantar oleh makhluk asing. Pemain bermain sebagai 2B, seorang ahli dalam skuadron android “YoRHa” yang baru ditubuhkan, dan bertarung untuk mengambil alih kembali Bumi.
Laman web NieR: Automata Rasmi:
https://www.jp.square-enix.com/nierautomata/
X Rasmi Siri NieR:https://x.com/NieR_JPN
Waktu Event Crystal of Atlan x NieR: Automata Collaboration Version “Visitors from YoRHa”:
- Iklan -
Khamis, 21 Mei, 2026 (selepas maintenance) – Rabu, 18 Jun, 2026
Kandungan Event Kolaborasi Masa Terhad
- Event Log Masuk “Glory Eternal”
Log masuk selama 8 hari berturut-turut untuk dapatkan ganjaran lumayan.
- Ketibaan NieR:Automata x Crystal of Atlan Collaboration Boss “Grün”
Dalam event World Boss “Battle of Grün,” boss bertukar menjadi Machine Lifeform “Grün.” “Battle of Grün” berlangsung setiap Jumaat dan Ahad pada 20:30.
- Mini-game “Hacking Protocol”
Dalam “YoRHa Combat Supply,” gunakan Chips yang terdapat dalam event untuk naikkan level dan dapatkan ganjaran-ganjaran eksklusif.
Belanjakan Chips di “Emil’s Shop” untuk dapatkan barangan kolaborasi terhad.
- Pets & Mounts Kolaborasi Terhad
Limited Collab Pet: “Pod 042”
Cara untuk dapatkan: Menerusi “Oath of YoRHa.”
Limited Collab Mounts: “Ho229 Type-B” and “Ho229 Type-S”
Cara untuk dapatkan: Menerusi “Medal of YoRHa.”
- Iklan -
- Collab Weapon Skins, Titles, Emoticons, dan banyak lagi
Dapatkan weapon skin kolaborasi “Virtuous Contract,” title “Glory to Mankind” dan 6 emoticon baharu. Selamat mengumpul kesemuanya dan customise rupa anda!
Class Baharu: “Karmaslayer”!

Pedang Kebencian, Syaitan-Syaitan Keinsafan.
Setelah terseksa akibat cedera parah dan melihat kawannya terbunuh depan mata, pendekar pedang berhati beku ini bersumpah untuk menumpaskan semua lawannya. Dalam perjalanan membalas dendam kesumatnya, dia berjaya menawan, sedikit demi sedikit syaitan-syaitan batinnya dan kini berkuasa menghunus pedang dengan kuasa ais dan juga api. Dengan adanya syaitan pedang yang sentiasa di belakangnya, kehadirannya di medan lawan adalah yang paling digeruni.
Dengan kuasa ais dan api, Karmaslayer mencucuk lawan-lawan dengan bilah ais sambil memanggil kuasa syaitan pedangnya untuk membakar lawan-lawanya. Dia juga ada akses kepada dua sistem resource unik, “Karmaslayer Energy” dan “Erosion Energy.” Selepas Second Awakening, dia boleh menggunakan kedua-dua resource ini untuk keluarkan serangan ais dan api yang dahsyat.
Festival Ulang Tahun Pertama Bermula
“Growth Supply Station”: Capai level yang ditetapkan dengan mana-mana watak pada akaun anda untuk menerima “Orange Pet Selection,” “Outfit Bag,” dan”Lv.70 +14 Enhancement Voucher.”Journey Memories” Puzzle Event: Gunakan account energy untuk dapatkan puzzle piece, maksimum 15 sehari. Gunakan puzzle piece ini untuk penuhi puzzle module, dan dapatkan ganjaran-ganjaran menarik bagi setiap puzzle yang telah diselesaikan.
Saksikan Pemain Terhebat Setiap Region Berentap!
- Iklan -
CoA Super Showmatch – Anniversary Edition Bermula
Sempena sambutan ulang tahun pertama, Crystal of Atlan bakal menganjurkan perlawanan cross-region “COA SUPER SHOWMATCH – ANNIVERSARY EDITION” bermula Mei 7 hingga Mei 31. Dalam acara ini, influencer-influencer viral daripada Taiwan,Thailand, Indonesia, dan Filipina bakal mengetuai pasukan yang dianggotai para influencer daripada setiap region dan bersaing bagi merebut gelaran johan antarabangsa. Ganjaran terkumpul sebanyak $8,000 USD!
Sertai event ini sekarang: https://coa.nvsgames.com/supershowmatch

Ada tiga bahagian dalam kejohanan ini:
Bahagian pertama adalah Anniversary Version livestream pada Mei 21, di mana para influencer dari setiap region bakal tunjuk tatamain class Karmaslayer dan kolaborasi NieR: Automata baharu, sambil bersuai kenal bersama rakan-rakan sepasukan. Bahagian terakhir adalah pertarungan antara mereka pada Mei 30, di mana semua skuad dari empat region ini bakal bertarung dalam 3v3 Points Tournament dan juga Apocalyptic Descent Co-op Dungeon Speedrun Race.
Kami juga bakal merekrut content creator dalam tempoh masa ini. Bagi yang terpilih, anda bukan sahaja berpeluang untuk berkolaborasi bersama influencer untuk latihan dan kolaborasi livestream, tapi juga berpeluang untuk mendapat sebahagian daripada hadiah terkumpul bernilai lebih daripada $20,000 USD dalam bentuk wang dan game voucher! Selain itu, para pemain juga boleh menyokong content creator dan influencer kegemaran mereka menerus H5 page. Dengan menyelesaikan task seperti log masuk, kongsi dan melihat livestream, para pemain boleh dapatkan “Support Voucher” untuk wakil region kegemaran. 10 individu penyokong tertinggi akan diberikan poster yang diautograf oleh influencer serta merchandise terhad sebagai bonus.
Showmatch ini bakal dilivestream di YouTube, Facebook and TikTok rasmi, dan juga di channel-channel influencer yang terlibat. Kami menjemput semua adventurer untuk menyaksikan kemunculan johan antarabangsa baharu! Untuk maklumat pendaftaran dan event, sila rujuk H5 page rasmi dan pengemumuman fan community.
Rujuk Laman web rasmi dan ikuti media sosial kami untuk dapatkan maklumat terkini!
Laman web rasmi CoA: https://coa.nvsgames.com/
- Iklan -
Segala kemaskini terkini akan diumumkan menerusi akaun rasmi kami.
Facebook: https://www.facebook.com/CrystalofAtlan
YouTube:https://www.youtube.com/@CoA_Global
TikTok:https://www.tiktok.com/@crystalofatlan.PH
Discord:https://discord.com/invite/tWEcmGhWgv
Tentang Nuverse
Nuverse adalah syarikat pembina dan penerbit permainan berkhidmat kepada pengguna dan pembangun global. Dengan hasrat untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pemain seluruh dunia, kami komited terhadap pembinaan permainan terbaik, pembinaan komuniti pemain dan dalam memberikan pengalaman permainan yang seronok, menarik dan memilukan kepada semua.
Tentang Crystal of Atlan
Permainan rentas-platform magicpunk combo action RPG yang dibina oleh VI-GAMES, studio pembinaan di bawah Nuverse. Selaku ahli “Thornbird Adventures’ Guild,” para pemain bakal teroka benua Atlan, dunia yang penuh dengan teknologi dan magic, selami rahsia disebalik “Crystal of Atlan”, sumber segala tenaga, dan bawakan kembali keamanan kepada dunia.
Game Overview
- Iklan -
Tajuk: Crystal of Atlan
Singkatan: CoA
Genre: Magicpunk Combo Action RPG
Platform: Mobile / PC / PS5 / EPIC / Steam
Tarikh Pelancaran: 28 Mei, 2025
Harga: Percuma (Free-to-Play)
© Nuverse
© SQUARE ENIX
Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Crystal of Atlan.

