fbpx

Cyberpunk 2077 Telah Siap Sepenuhnya

Permainan RPG pandang pertama oleh CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 telah siap sepenuhnya. Ini mengikut dari pengumumannya di laman Twitter dengan gambar Keanu Reeves memegang cakera padat berwarna emas.

“Gone Gold” adalah perkataan yang seringkali digunakan apabila pembangunan sesetengah permainan tersebut siap sepenuhnya sebelum tarikh pelancaran.

Dengan berita tersebut, semestinya Cyberpunk 2077 sedia untuk mula proses produksi versi fizikal untuk penjualannya pada 19hb November nanti.

Permainan yang dinanti ramai (selepas beberapa penundaan) akhirnya menerima berita baik, mahupun berita yang kurang enak diumum minggu lepas dimana staf terpaksa bekerja lebihan masa 6 hari seminggu untuk menyiapkan permainan tersebut. Ianya menerima kritikan ramai, atas kerana CD Projekt Red pernah berjanji untuk tidak mengamalkan budaya “crunch”, iaitu pemaksaan kerja lebih masa sebelum tarikh pelancaran.

Cyberpunk 2077 bakal dilancarkan untuk platform PS4, PC (Steam, Epic Games Store atau GOG) dan Xbox One pada 19hb November ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani Telegram, Discord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani Telegram, Discord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -