Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Cyberpunk 2077 Tidak Akan Dijualkan Dalam Masa Terdekat – Mungkin Beberapa Tahun Lagi

80

Cyberpunk 2077 akhirnya membuat debut besarnya dengan trailer sinematik pada E3 lepas. Namun tidak banyak yang ditunjuk, namun jikalau dibandingkan dengan video acah yang dikeluarkan pada tahun 2013, ternyata banyak jawapan dari pelabagai soalan diberi. Demo juga diberi pada acara E3, namun ianya dibuat secara tertutup. Maka, tiada video ataupun gambar diterbitkan oleh rakan media atau di laman sosial, hanyalah beberapa “pendapat” oleh pemain dan menariknya, audio penuh demo tersebut tertiris.

Namun ternyata ada sebab baiknya mengapa pemaju CD Projekt RED masih tidak bersedia untuk memaparkan permainan mereka kepada umum. Bercakap melalui laman web Poland, Bankier.pl, Adam Kiciński, selaku CEO dan Presiden kepada CD Projekt memberi komen tentang permainan tersebut masih lagi belum sampai ke tahap alpha lagi.

Permainan sebelumnya, The Witcher III pernah dipaparkan buat kali pertama dan ianya mengagumkan ramai orang, sehinggakan menjadi sebuah karya agung mereka sebagai salah satu permainan RPG terbaik setakat ini. Namun jika anda tidak tahu, permainan tersebut juga menerima banyak kritikan seperti “penurunan kualiti” jikalau dibandingkan dengan demo yang diberi terlebih dahulu. Ternyata mengapa pemaju tidak ingin memaparkan permainan sedimikian kepada umum untuk mengelak perkara yang sama.

Selain dari itu, Cyperbunk 2077 dilaporkan akan menerima bajet pemasaran yang lebih besar dari The Witcher III, maka, semestinya ramai yang akan menyedari akan permainan ini pabila pemaju sedia dengan Cyberpunk 2077.

Mike Pondsmith, pencipta permainan papan Cyberpunk 2020 juga terlibat sebagai penulis untuk 2077 juga berkata Cyberpunk akan mengambil masa yang lama sebelum ianya sedia untuk dipasar. Beliau juga bersenda dengan kenyataan bahawa beliau telahpun menunggu selama 30 tahun untuk ini, ternyata ianya berbaloi namun pemain perlu menunggu beberapa tahun lagi.

Semestinya tiada tarikh pasaran akan diumum buat masa ini, namun pengunaan PC spesifikasi tinggi semasa demo ternyata satu persoalan muncul, adakah Cyberpunk 2077 sedia untuk konsol generasi seterusnya? Apakah pendapat anda?

Sumber melalui PC GamerVG 24/7

Artikel asal diterjemah oleh Gamer Matters.