fbpx

Dapatkan AC Valhalla Secara Percuma Untuk Setiap Pembelian Cip AMD Ryzen 3000XT Baharu

AMD telahpun melancarkan cip pemprosesan gaming mereka, Ryzen 3000XT dan kini mula dipasarkan di Malaysia.

CPU yang berada dibawah siri ini adalah, Ryzen 5, Ryzen 7 dan Ryzen 9. Berikut adalah maklumat pecahan harga pilihan tersebut:

  • AMD Ryzen 9 3900XT – RM2,299
  • AMD Ryzen 7 3800XT – RM1,899
  • AMD Ryzen 5 3600XT – RM1,199

Tambahan dengan pelancaran cip pemprosesan ini, AMD menawarkan promosi “Equipped to Win”. Promosi ini menawarkan Assassin’s Creed Valhalla secara percuma untuk setiap pembelian CPU mereka. Promosi ini sah sehingga 3hb Oktober. Namun, Ryzen 3600XT tidak tersenerai mengikut senarai dibawah:

  • AMD Ryzen 9 3900XT
  • AMD Ryzen 9 3950X
  • AMD Ryzen 9 3900X
  • AMD Ryzen 7 3800XT
  • AMD Ryzen 7 3800X
  • AMD Ryzen 7 3700X

Promosi ini juga menawarkan kepada Laptop atau PC Desktop Pra-bina yang mengguna CPU Ryzen dibawah:

Desktop

  • AMD Ryzen 9 3950X
  • AMD Ryzen 9 3900X
  • AMD Ryzen 9 3900
  • AMD Ryzen 7 3800X
  • AMD Ryzen 7 3700X

Laptop

  • AMD Ryzen 9 4900H
  • AMD Ryzen 9 4900HS
  • AMD Ryzen 7 4800H
  • AMD Ryzen 7 4800HS

Assassin’s Creed Valhalla akan diberi selepas tarikh pelancarannya, iaitu pada penghujung tahun ini.

- Iklan -

Maklumat lanjut boleh didapat melalui laman web AMD.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen