Lagi satu permainan video akan diberi secara percuma di Humble Store, dan ianya adalah sekali lagi, permainan XCOM. Sebuah permainan yang hampir dilupakan oleh kita semua atas sebab sebab yang baik.
Pabila 2K mengumumkan tentang kembalinya francais ini didalam era moden kini, malangnya ianya atas nama semata. Isu ini serupa seperti EA ingin membawa kembali Syndicate sebagai permainan penembak pertama (FPS), maka 2K mempunyai visi yang sama, membawakan permainan XCOM sebagai FPS dengan membawakan kelainan dari siri asal, iaitu penambahan elemen seram. Kedua-dua projek tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan baik, dan 2K kemudiannya melancarkan permainan dibawah genre strategi yang dibina oleh Firaxis. Ternyata projek tersebut menjana persepsi yang baik sehingga sekuel dan expansion diteruskan untuk siri ini.
Namun bagi kami The Bureau: XCOM Declassified bukanlah permainan yang teruk, ianya sebuah permainan penembak pandangan ketiga yang agak baik namun kurang menonjol semasa dilancar. Permainan ini percuma untuk platform PC, dan ianya ditawarkan pada waktu terhad melalui Humble Store.
Artikel ini diterjemah dari: Gamer Matters