Dari Francais Saints Row Kini Dengan Game Baharu: Agents of Mayhem

Volition, sebuah studio disebalik francais Saints Row, sebuah game konsep dunia terbuka dengan keunikannya tersendiri telah mengeluarkan video baharu mengumumkan bahawa mereka kini didalam proses pembinaan game baharu, Agents of Mayhem. Mengikut dari video yang memperkenalkan tiga hero dengan karakter dan keunikan mereka tersendiri, terdapat beberapa faktor dan persamaan dari siri francais Saints Row.

Setakat ini tiada lagi video dari segi cara-cara permainan, namun video penceritaan mengenai perlawanan tiga hero dengan musuhnya agak panjang dan menyeronokkan seperti dibawah:

Agents of Mayhem akan dipasarkan untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Adakah siri game baharu ini akan memberi impak baharu kepada pemain semua? Berikan pendapat anda di ruang komen dibawah.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen