fbpx

Daydream View- Headset VR Terbaharu oleh Google

Teknologi realiti maya (Virtual Reality /VR) nampaknya semakin maju dengan penghasilan headset VR terbaharu dari pelbagai pengeluar seperti Oculus, Samsung dan HTC/Valve. Google juga tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan “VR untuk semua” dengan melancarkan headset VR terbaharu mereka.

Dinamakan “Daydream View”, headset ini dilancarkan di acara “Made by Google” bertempat di San Francisco. Meneruskan legasi VR eksperimental Google iaitu Google Cardboard, Daydream juga hanya memerlukan telefon pintar untuk beroperasi. Jika anda pernah menggunakan Samsung GearVR, pengalaman Daydream mungkin tidak jauh berbeza berbanding GearVR. Hanya perlu memasukkan telefon pintar anda ke slot di hadapan dan anda boleh menikmati pengalaman VR secara bajet.

Tetapi, berbeza dengan GearVR, Daydream didatangkan beserta controller 3-paksi (3-axis) tanpa wayar khas untuk kawalan pengguna yang membolehkan pengesanan kedudukan tangan. Walaupun tidak setepat HTC Vive, ia sudah mencukupi untuk pengesanan asas. Luaran Daydream juga dibina menggunakan fabrik dan bukan sahaja plastik seperti kebanyakan headset.

Di samping Daydream View, Google bakal melancarkan Play Store versi VR beserta aplikasi khas Google (Youtube, Movies, Streetview, Photos dll) dalam versi VR. Daydream akan didatangkan dalam 3 warna iaitu “Snow”(putih), “Slate”(kelabu) dan “Crimson”(merah) dengan harga rasmi USD79 (RM 327 pada masa artikel ini ditulis) dan dihasilkan oleh HTC yang juga pengeluar headset Vive dari Valve.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -