Seperti sedia tahu, PlayStation Asia sedang mengadakan jualan tahunan mereka, Days of Play yang menyaksikan diskaun kepada senarai besar permainan didalam PlayStation Store sekarang.
Dalam senarai tersebut, SCRYsoft, syarikat penerbit yang bertempat di Singapura dan Malaysia, membawakan diskaun sehingga 20% kepada 4 permainan yang diterbit oleh mereka.
Berkaitan: 6 Permainan Berbaloi Dibeli Bawah RM40 Untuk Days Of Play
Berikut adalah permainan yang mendapat diskaun tersebut:
Valthirian Arc: Hero School Story – RM76
Sebuah permainan RPG indie yang dibangunkan oleh studio yang terletak di Indonesia. Pemain perlu membina sekolah akademi dan menghantarkan pelajarnya untuk bertarung didalam permainan RPG / pengurusan akademi ini.
Brawlout: Deluxe Edition – RM109.60
Permainan platformer ala Super Smash Bros yang boleh dimainkan secara multi-pemain sehingga empat orang. Pilihan karakter sebanyak 25 dan beberapa karakter adalah dari permainan indie terkenal. Deluxe Edition mengandungi kesemua DLC.
- Iklan -
Horizon Chase Turbo: Deluxe Edition – RM126.40
Inspirasi dari OutRun, Top Gear, Rush dan lain-lain permainan perlumbaan arked terkenal era 80-an sehingga 90-an. Permainan ini membawakan pengalaman retro dengan gaya seni 16-bit namun dengan sedikit sentuhan moden.
Sairento VR – RM143.20
Bermain sebagai ninja siber secara VR. Pemain boleh menggunakan pedang katana dan pistol sebagai senjata didalam dunia VR.

