Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Days Of Play Oleh PS Asia Menyaksikan Diskaun Besar Untuk Pemain

55

PlayStation kini sedang mengadakan promosi diseluruh dunia yang bernama “Days Of Play”, sebuah program jualan produk PS4. Malah, bersempena dengan program tersebut, PS Store Asia juga membawakan pelbagai diskaun seperti God Of War dengan 22% diskaun untuk unit fizikal, dan juga 50% diskaun kepada Dualshock 4 pada setiap pembelian PS4 FIFA 18 Bundle ataupun PS4 Pro.

Malah, banyak diskaun juga diberikan kepada pelbagai senarai didalam PS Store Asia. Mengikut dari halaman dedikasi promosi ini, berikut adalah beberapa diskaun yang amat menarik buat semua:

  • Batman Arkham Knight – RM41.80 (Diskaun 80%)
  • The Last Of Us Remastered- RM43.60 (Diskaun 60%)
  • Devil May Cry 4 Special Edition- RM51 (Diskaun 50%)
  • Gran Turismo Sport – RM54.75 (Diskaun 75%)
  • Watch Dogs 2 – RM59.60 (Diskaun 60% untuk pengguna PS PLUS)
  • Mafia III – RM62.30 (Diskaun 65%)
  • Horizon: Zero Dawn- RM67.05 (Diskaun 55% untuk pengguna PS PLUS)
  • Uncharted 4 – RM74.50 (Diskaun 50%)
  • The Witcher 3: Wild Hunt GOTY Edition RM75.60 (Diskaun 60%)
  • Ghost Recon Wildlands – RM76 (Diskaun 60% untuk pengguna PS PLUS)
  • Destiny 2- RM91.60 (Diskaun 60%)
  • GTA V- RM99.50 (Diskaun 50%)
  • Yakuza 0 – RM117.50 (Diskaun 50%)
  • Persona 5- RM153.30 (Diskaun 30%)
  • Call Of Duty WWII – RM160.30 (Diskaun 30%)
  • God Of War- RM163.02 (Diskaun 22%)
  • Far Cry 5 – RM178.50 (Diskaun 20% untuk pengguna PS PLUS)
  • Monster Hunter: World – RM166.14 (Diskaun 29%)

Dan banyak lagi permainan video yang mendapat diskaun besar oleh PS Store Asia, promosi ini akan tamat pada 18hb Jun nanti.