Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Dead Or Alive 6 Diumum

149

Team Ninja dan Koei Tecmo telahpun mengumumkan siri permainan baharu mereka, Dead Or Alive 6. Sekuel baharu dari siri yang agak lama dipasarkan ini adalah sebuah permainan jenis perlawanan 3D yang dikenali dengan mekanik “counter-attack”, walaupun hakikatnya mereka mengeluarkan banyak DLC dari siri sebelumnya yang lebih fokus kepada “kecantikan” semata.

Dead Or Alive 6 akan membawakan konsep gameplay yang sama dari sebelumnya. Namun, pendekatan baharu akan dibawa dengan teknik baharu yang membolehkan pemain untuk melaksanakan kombo yang kuat bernama Fatal Rush, sebuah teknik yang mudah diaktifkan namun mudah juga mendapat hukuman sepertimana teknik Rage Art didalam permainan Tekken 7.

Meter pengukur juga adalah sebuah fungsi baharu dimana pemain boleh meraih mata meter pada setiap serangan dan pertahanan. Selepas mata itu diisi, maka pemain boleh menggunakan meter tersebut untuk Break Hold; iaitu teknik counter attack, ataupun Break Blow; sebuah teknik serangan yang istimewa.

Mengikut dari temuramah mereka kepada IGN, Yohei Shimbori menyatakan pendekatan DOA 6 kali ini lebih serius dan matang dari siri sebelumnya yang lebih kepada reka bentuk karakter yang seksi sepertimana amat sinonim dengan siri Dead Or Alive ini.

Ini bukanlah kali pertama, kenyataan yang seumpanya telahpun dibuat semasa DOA 5 diumumkan sebelum ini, namun membawa banyak kekesalan dan kemarahan peminat, dan akhirnya kostum seksi dan teknologi fizik yang menggiurkan itu masih dikekal semasa ianya dilancarkan lepas. Berkemungkinan pendekatan pemaju kali ini untuk menukarkan kepada lebih serius dan matang adalah benar dengan video trailer diatas, dimana menyaksikan Kasumi dan Helena, karakter yang amat cilik dan cantik namun kurangnya faktor seksi tersebut.

Namun kita harus tunggu dan lihat adakah pendekatan ini adalah mukatamad atau tidak dimana Dead Or Alive 6 mula dipasarkan pada awal tahun hadapan untuk PS4, PC dan Xbox One.