Dead Rising 4 Tertiris, Berkemungkinan Tiada Versi PC

Beberapa gambar mengenai Dead Rising 4 tertiris didalam laman sosial dan internet memberi harapan kepada peminat bahawa Capcom akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai siri ini di acara E3 akan datang.

ligf0Nz

v1xKoNE

Namun, mengikut dari beberapa sumber, Dead Rising 4 akan didatangkan secara eksklusif hanya untuk Xbox One sahaja. Seperti kita tahu, siri sebelumnya, Dead Rising 3 adalah sebuah game yang dikeluarkan untuk Xbox One dan platform PC beberapa bulan kemudian.

Capcom Vancouver, selaku studio disebalik pembikinan siri Dead Rising mengeluarkan kenyataan mereka di laman sosial Twitter bahawa mereka memerlukan bakat untuk membantu menyiapkan beberapa projek yang sedia ada.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen