fbpx

Decal Uploader Kini Boleh Didapati Di Gran Turismo Sport

Livery Editor didalam Gran Turismo Sport adalah sebuah kandungan yang agak baik, namun ianya mempunyai potensi yang lebih baik jikalau membenarkan pemain memuat naik decal mereka sendiri. Kandungan tersebut pernah dipaparkan semasa demo namun fungsi tersebut tidak ada semasa pelancaran. Akan tetapi, ianya kini boleh didapati didalam permainan ini.

Ini bermakna anda boleh memuat naik decal anda sendiri untuk digunakan didalam GT Sport, malah boleh dimuat turun untuk diguna dari decal pemain yang lain.

Jikalau anda ingin memuat naik untuk pengunaan sendiri, anda boleh membuat sedemikian melalui pautan ini, akaun PSN diperlukan untuk log masuk. Kesemua decal yang dimuat naik memerlukan fail SVG untuk laman web tersebut. Fail tersebut perlu mengikut spesifikasi yang diminta seperti berikut.

 

Dalam masa yang sama, kami juga menyediakan logo Gamer Malaya dan laman web saudara kami, Gamer Matters untuk pemain yang berminat. Hanya menaip “gamer” dibawah sesi logo melalui tab Decals didalam menu Discovery.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -