Kebanyakan peminat amat gembira dengan kedatangan siri baharu Gran Turismo Sport ini. Akan tetapi, atas sebab kekurangan kandungan seperti mod kempen, jumlah kereta dan trek lumba memberi sifat kurang senang kepada peminat ataupun kepada sesiapa yang ingin membeli permainan ini.
Mengikut dari siri sebelumnya, Polyphony Digital seringkali menambahbaik kandungan permainan sedia ada mereka secara percuma dari maklum balas diterima oleh peminat, GT Sport juga didalam keadaan yang sama. Kemaskini terbaharu adalah penambahan 12 kereta dan mod kempen offline membawa kegembiraan kepada semua.
Kali ini, ramai peminat meminta pihak pemaju untuk menambah lebih banyak trek lumba klasik yang secara misterinya hilang dari siri sebelumnya. Trek yang dimaksudkan adalah seperti Deep Forest, Trail Mountain dan trek paling ikonik iaitu Grand Valley Speedway.
Kepada pemain GT Sport sekalian, jikalau anda perasan, gambar scapes yang popular sekarang adalah sebuah gambar dengan perkataan: “We Want Classic tracks!”, menyatakan bahawa trek-trek yang pernah dimainkan pada siri sebelumnya akan tetapi tidak disediakan didalam GT Sport.
Krew GTPlanet sempat menemubual dengan penerbit siri ini, Kazunori Yamauchi mengenai sebab mengapa elemen ini tidak disediakan didalam francais baharu mereka.
Seperti biasa, jawapan beliau agak terus terang:
There was no particular reason for it......We are already working on Deep Forest; we actually have the data for Deep Forest that runs on Gran Turismo Sport but it does have some problems
Mengikut dari jawapan beliau diatas ternyata pasukan PD (Polyphony Digital) kini bekerja keras untuk membawakan trek klasik seperti Deep Forest kedalam GT Sport kelak.
Namun mengikut dari beliau lagi, trek klasik berikut mempunyai isu dari segi skala yang tidak seimbang pada elemen-elemen didalam trek, maka ianya mengambil lebih banyak masa untuk diperbaiki.
Kazunori juga memberi kenyataan mengenai cuaca hujan yang akan dibawakan didalam permainan ini. Beberapa faktor dan kandungan telahpun sedia didalam GT Sport, dan akan dibawa dalam masa terdekat kepada pemain.
Artikel Asal: Gamer Matters
Sumber: GTPlanet