Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Demo Gran Turismo Sport Akan Tiba Di Malaysia Pada 9 Oktober

26

Demo Gran Turismo Sport akan tiba oleh Sony dengan kebolehan pemain mencuba semua jenis mod permainan pada 12 Oktober ini.

Demo yang boleh diambil kira salah satu yang terbesar ini akan membawakan mod Sport, perlumbaan secara dalam talian, mod Arcade dan juga mod kempen, namun dengan kandungan yang pendek.

Mod Scapes Photography dan Custom Livery Editor juga buat julungkalinya diberi kepada umum untuk mencuba semasa demo nanti.

Kandungan yang diberi kali ini seakan memberi permainan versi penuh yang dimana kita dapat lihat dengan tren “free weekends” baru-baru ini oleh syarikat penerbit yang lain. Malah, segala data dan kredit diperolehi semasa demo ini akan dibawa kepada versi penuh, namun ianya terhad kepada $1MM. Kereta yang diperoleh dari cabaran harian juga akan akan dibawa serta.

Demo ini akan tiba di Malaysia pada 9hb Oktober ini, jam 3PM dan akan tamat tempoh pada 12hb Oktober, jam 11PM. Namun bagi sesiapa yang mempunyai akaun luar kawasan seperti US atau Eropah, anda mungkin dapat mencubanya pada seawal 9hb Oktober.

Gran Turismo Sport akan mula dipasarkan pada 17hb Oktober nanti untuk PlayStation 4.

Artikel asal didalam Bahasa Inggeris