Destiny, permainan servis langsung menjanjikan pelbagai kemaskini dan acara bakal diatur sepanjang tahun untuk membawakan kandungan menarik kepada pemain. Hari ini, Bungie melancarkan acara Festival Of The Lost, sebuah acara yang bersempenakan festival Halloween. Acara ini bermula pada hari ini sehingga 3hb November 2020.
Melalui acara ini, pelbagai kandungan boleh diperoleh pada masa yang terhad. Kandungan seperti hiasan baju perisai, topeng khas mahupun gula-gula.
Haunted Forest juga dibuka untuk ditempur, dan pemain bakal menerima ganjaran untuk harta karun yang diperoleh selepas pertempuran. Nampaknya tiada senjata baharu diumum, namun Sparrow eksotik ditawarkan semasa festival ini.
Destiny 2 adalah permainan percuma dan festival ini boleh dimainkan kepada mana-mana platform secara percuma.

