fbpx

Destiny Diiktiraf Untuk eSukan Oleh ESL – Peraturan Juga Diumumkan

Destiny akan mempunyai acara perlawanan kompetitif julungkalinya oleh ESL selepas ianya diiktiraf sebagai salah satu permainan video untuk eSukan. Ini terjadi atas kerana fungsi private match ditambah melalui Expansion Rise of Iron yang telah dilancarkan pada 20hb September yang lepas.

Atas kerana sistem RNG (Random Number Generator) yang agak ketara kepada pemain di Destiny, maka ESL mengumumkan beberapa peraturan terhadap perlawanannya yang pertama. Perlawanan akan melalui pelbagai match mode, seperti Clash, Zone Control dan Supremacy untuk pusingan kalah mati buat peserta. ESL juga menukarkan konsep Fireteam dari 3 lawan 3 kepada 4 lawan 4 untuk kesesuaian didalam konsep eSukan.

ESL juga menyekat dari pemain memakai subclasses yang serupa dari pasukan yang sama. Perisai eksotik tidak dibenarkan sama sekali, manakala kebanyakan senjata eksotik dibenarkan. Berikut adalah senarai senjata eksotik yang tidak boleh dipakai:

  • Hawkmoon
  • No Land Beyond
  • Universal Remote
  • Invective
  • Ice Breaker
  • Queenbreaker’s Bow

Untuk maklumat penuh mengenai acara eSukan ini dan peraturan oleh ESL, layari pautan ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -