Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Destiny: House Of Wolves – Pemain Playstation Dapat Lebih Eksklusif

21

DLC yang dijanjikan oleh Bungie untuk francais Destiny, House Of Wolves akan dikeluarkan pada 19 Mei ini.

Namun seperti pelancaran game itu sendiri, platform Playstation akan dapat kandungan eksklusif iaitu peta multiplayer Crucible (PvP) bernama Time Keeper. Peta ini lebih kepada konsep misteri, dengan suasana struktur mesin-mesin yang dibina oleh Vex pada planet Mars.

House Of Wolves juga akan memberikan tiga lagi peta yang lain untuk platform Playstation dan Xbox seperti berikut

  • Thieves Den – Tempat persembunyian Fallen di planet Venus. Ianya mempunyai suasana didalam gua dan kesan-kesan peninggalan mesin atau kenderaan Fallen
  • Widow’s Court – Peta yang agak sempit dan terletak di “European Dead Zone – Earth
  • Black Shield – Tempat yang dipercayai pernah digunakan oleh Cabal dari planet Mars untuk pusat peperangan

Sumber#1
Sumber#2