fbpx

Detroit: Become Human, Heavy Rain Dan Beyond: Two Souls Bakal Hadir Ke Steam

Quantic Dream, pembangun permainan terkenal seperti Detroit: Become Human, Heavy Rain dan Beyond: Two Souls membuat pengumuman bahawa ketiga-tiga permainan tersebut bakal hadir ke platform Steam pada bulan Jun ini. Permainan-permainan yang sebelumnya adalah eksklusif PlayStation dibawa ke platform PC semenjak syarikatnya menjadi bebas dari bawah payung Sony.

Sebelumnya permainan tersebut telah dilancarkan ke Epic Games Store untuk inisiatif pembawa platform PC, kini pemain Steam dapat menikmati permainan terkenal mereka.

Ketiga-tiga permainan ini akan hadir ke Steam pada 18hb Jun ini.

Sumber: PC Gamer.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen