Kini anda boleh membina misi anda sendiri melalui game peranti Deus Ex GO yang baru sahaja dilancarkan untuk platform iOS dan Android. Square Enix, selaku pembina game siri terkenal ini melancarkan Deus Ex versi aplikasi mudah alih namun lebih kepada kebebasan pemain untuk membina misi teka-teki mereka sendiri.
Pemain juga boleh berkongsikan misi yang dicipta melalui komuniti pemain lain untuk menyelesaikannya. Pelbagai fungsi lain juga diberikan seperti dimana pemain boleh meraih mata (experience points), cabaran harian oleh pihak pembina, dan pelbagai kandungan menarik.
ReviuMalaya: Deus Ex: Mankind Divided
Ini bukan kali pertama bagi Square Enix melancarkan game terkenal mereka kepada platform peranti mudah alih. Sebelum ini Tomb Raider dan Hitman juga melalui proses yang sama didalam versi “GO”.
Deus Ex GO kini boleh dimuat turun namun bukanlah percuma melalui iOS (USD1.99) atau Android (RM7.99)