Nampaknya Capcom membuat keputusan yang pelik dengan “versi istimewa” permainan terkenal mereka kali ini. Ini mengikut dari pengumuman Capcom mengenai Devil May Cry 5: Special Edition tidak akan hadir ke PC. Ini agak pelik, dimana Devil May Cry 3: Special Edition dan Devil May Cry 4: Special Edition dijual di Steam.
Diumum pada minggu lepas, Devil May Cry 5: Special Edition membawakan kandungan unik, dimana membolehkan karakter Vergil dimain. Edisi khas ini juga bakal mengandungi semua DLC dengan beberapa mod permainan. Turbo Mode adalah salah satu dimana mempercepatkan kelajuan permainan kepada 20%, Legendary Dark Knight Mode pula membawakan jumlah musuh yang lebih banyak dari biasa. Ianya juga bakal didatangkan dengan teknologi ray-tracing.
Namun, mengikut dari Capcom, permainan versi istimewa ini tidak akan hadir ke PC atas optimasi permainan ini lebih kepada konsol generasi baharu, iaitu PS5 dan Xbox Series X. Maka, tiada rancangan dibuat oleh mereka untuk permainan ini kepada platform PC.
Dengan pengumuman sedemikian, banyak pemain yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut memberi ulasan negatif atau “review bomb” didalam halaman Steam mereka.
Ternyata kandungan tambahan tersebut adalah satu fungsi yang mungkin boleh ditambah didalam permainan sedia ada (fikirkan ia sebagai DLC), maka kenyataan Capcom semestinya menjadikan para pemain berang dengan keputusan tersebut.
Sumber: Eurogamer, melalui Destructoid.