fbpx

Dirt 5 Ditunda Sekali Lagi – Tarikh Baharu Pada 6hb November

Dirt 5, permainan perlumbaan “off-road” oleh Codemaster sekali ditunda. Ini adalah tundaan dibuat kali kedua selepas tundaan pertama dibuat kepada 16hb Oktober dari tarikh asal, 9hb Oktober.

Pengumuman tundaan dibuat melalui kenyataan dibawah, namun tiada sebab utama mengapa tundaan dibuat.

Walaupun pengumuman ini dibuat, Dirt 5 versi konsol PS5 & Xbox Series X masih lagi didalam jadual iaitu pada penghujung tahun ini. Untuk pengetahuan, Dirt 5 akan menyokong naik taraf ke konsol generasi baharu secara percuma. Ini bermakna pemilik permainan ini didalam PS4 dan Xbox One boleh menaiktaraf ke versi PS5 dan Xbox Series X secara percuma.

Dirt 5 akan dilancarkan 6hb November 2020 untuk PS4, PC (Steam) dan Xbox One.

Berkaitan

- Iklan -

Komen