fbpx

DLC Baharu Untuk Journey To The Savage Planet, Hot Garbage Dilancarkan Untuk PC

Mengikut dari rakan kami di Gamermatters, Journey To The Savage Planet boleh dikatakan salah satu permainan terbaik didalam tahun ini. Apa yang mengejutkan, ianya mendapat DLC didalam waktu yang singkat. Hot Garbage, menambahkan pengalaman pemain untuk mengembara ke planet baharu, dengan namanya yang lucu, DL-C1. Pemain perlu membersihkan sisa toksik didalam planet tersebut, ternyata “hot garbage”.

Jikalau pengalaman anda dengan Eko tidak mencukupi, anda akan mendapat satu lagi teman AI yang akan mengkritik tanpa henti sepanjang perjalanan misi ini. DLC ini juga membawakan alatan baharu, dari jetpack sehinggalah but dalam air.

Alien dan musuh baharu juga ternyata akan hadir sama. Dan nampaknya gayaan untuk mod gambar juga ditambah.

DLC pertama untuk Journey To The Savage Planet, Hot Garbage sudahpun dijual di platform PC (Epic Game Store) dan akan hadir ke PS4 kelak.

Berkaitan

- Iklan -

Komen