Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Dota Lah! – Sebuah Acara eSukan Julungkali Diadakan Oleh Astro eGG

71

Populariti game berjudul Dota 2 tidak dapat dinafikan khususnya didalam industri eSukan di Malaysia mahupun seluruh dunia. Kali ini, eGG (Every Good Game), sebuah siaran Astro 24/7 untuk acara eSukan buat julungkalinya mengacarakan acara eSukan pertama mereka, Dota Lah!

egg-dota-lah

Hadiah yang lumayan berjumlah RM39,000 kini menjadi habuan kepada pasukan yang memenangi acara ini. Dota Lah! akan dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi pertama akan diadakan pada 19hb September ini sehingga 16hb Oktober. Untuk pusingan 16 pasukan terakhir akan disiarkan di siarang eGG dan juga akaun Twitch mereka. Manakala untuk pusingan terakhir, 4 pasukan terpilih akan dijemput untuk perlawanan penentuan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Penyertaan terbuka kepada semua di rantau Asia Tenggara melalui laman web eGG Network.