BioWare, sebuah studio disebalik pembinaan game terkenal seperti Dragon Age dan juga Mass Effect kini ingin membuat uji kaji kepada peminat mereka tentang penukaran konsep kepada “Dragon Age Tactics” sebuah game yang mempunyai genre yang hampir sama kepada XCOM 2 ataupun Fire Emblem Fates.
Mark Darrah, selaku Produser Eksekutif untuk Dragon Age mengeluarkan uji kaji ringkas melalui akaun sosial Twitter beliau.
Would you play a Dragon Age Tactics game?
— Mark Darrah (@BioMarkDarrah) February 19, 2016
Mengikut dari ujikaji beliau, sebanyak 80% peminat ingin melihat idea ini menjadi kenyataan. Namun tiada kenyataan rasmi oleh BioWare setakat ini dan kemungkinan siri baharu Dragon Age Tactics kemungkinan akan diumumkan selepas projek besar seperti Mass Effect: Andromeda.
Kalau anda tidak sabar dengan game ini, XCOM 2 adalah pilihan alternatif anda sekarang. Kami juga sempat membuat reviu dan juga tips untuk game tersebut. (Artikel didalam Bahasa Inggeris)

