fbpx

DriveClub Edisi PlayStation Plus Akan Datang Hari Ini

Mungkin banyak pemain telah lupa, namun Sony masih lagi patuh pada janji mereka kepada pemain. Semasa Driveclub diumumkan, Sony ingin memberi “hadiah” kepada pemain konsol PS4 bahawa Driveclub akan diberikan secara percuma kepada pelanggan PlayStation Plus.

Namun atas sebab beberapa isu, ianya ditunda sehingga hari ini. Ya, hari ini

Sony kini mengumumkan bahawa DriveClub edisi PlayStation Plus kini sedia dimuat turun. Berdasarkan dari pengumuman, berikut adalah kenyataan Shuhei Yoshida, Presiden Sony Computer Entertainment Worldwide:

Kami telah menghabiskan banyak masa untuk menyediakan pelancaran Driveclub edisi PS Plus ini selepas beberapa masalah yang tidak dijangka

Driveclub Edisi PS Plus akan diberikan secara percuma khususnya kepada pelanggan PlayStation Plus. Namun isi kandungan untuk edisi ini akan dikurangkan serba sedikit berbanding versi penuh seperti trek lumba dan kereta.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -