fbpx

Dua Pemain Telah Mendapat 2,511 Pencapaian World of Warcraft

Rekod baharu dicatat bahawa dua pemain dari Russia (dengan karakter Human Priest) dan US (karakter Night Elf Druid) telah mendapat kesemua pencapaian didalam game World of Warcraft setakat ini, iaitu sebanyak 2,511 pencapaian. Jikalau anda pemain siri game ini sudah tentu anda tahu bahawa tahap kepayahan yang diberikan untuk mendapat beberapa pencapaian didalam game ini apatah lagi untuk mendapat kesemuanya.

Mengikut dari sumber oleh Wowprogress melalui Kotaku, beberapa pemain juga hampir menyamai pencapaian kedua-dua pemain diatas, hanya dengan mendapatkan 1-2 pencapaian sahaja lagi.

WOW-Achievements

Seperti gambar diatas, anda boleh lihat kesemua pencapaian telah dapat kecuali salah satu dari Dungeons & Raids. Ianya adalah pencapaian yang bernama Mythic Dungeoneer dimana mempunyai bug yang tidak dapat oleh semua orang setakat ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -