fbpx

Dua Tamadun Dari Asia Tenggara Akan Hadir Ke Civilization VI

Civilization VI akan mendapat sebuah lagi kandungan tambahan dari pihak pemaju. Firaxis semalam mengumumkan bahawa dua lagi tamadun dari Asia Tenggara akan hadir kelak sebagai DLC. Namun kedua-duanya pernah ditampilkan dari siri sebelumnya.

Tamadun pertama adalah Khmer Empire (atau dikenali sebagai Empayar Angkor), telah kembali dari siri Civ IV. Khmer yang mempunyai faktor kelebihannya didalam pembangunan pengaruh agamanya, termasuk “religion bomb” – sebuah kebolehan untuk mengambil tiles selepas meletakkan holy site pemain, bonus penambahan populasi juga diberi.

Tamadun ini akan diketuai oleh King Jayavarnam VII, the Khmer dan punyai Domre, seekor gajah yang membawa ballista.

Manakala untuk tamadun kedua adalah dari Civilization V, iaitu Indonesia. Kali ini ianya diketuai oleh Dyah Gitarja (berbanding dengan Gajah Mada dari siri sebelumnya – beliau adalah penasihat untuk Gitarja mengikut dari fakta sejarah). Tamadun ini amat efektif terutamanya dibahagian tepian pantai dengan pelbagai bonus diberi. Bangunan dan unit yang unik berkemungkinan hampir sama dengan Malaysia dan Indonesia (berdasarkan warisan yang sama). Kampung adalah nama bagi unit rumah dengan kehebatan mereka jikalau ditempatkan dikawasan pantai, manakala Jongs adalah kapal yang lebih laju, sekaligus membuatkan mereka sebagai tamadun yang terkuat untuk kawasan kepulauan.

Kedua-dua tamadun ini akan dijual sebagai DLC, namun percuma untuk pemilik Digital Deluxe Edition. Permainan ini juga akan mendapat kemaskini yang besar untuk penambahbaikan agama dan naval UI.

Artikel Asal: Gamer Matters

Berkaitan

- Iklan -