Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

E3 2018: FIFA 18 Kini Percuma Untuk Dimain Buat Sementara Waktu

Kandungan Termasuk Dengan Mod World Cup

49

Bersempena dengan pengumuman FIFA 19 pada acara EA Play awal pagi tadi, FIFA 18 kini sedia untuk dimainkan secara percuma bermula dari hari ini sehingga 15hb Jun untuk PS4, PC dan Xbox One.

Kandungan percuma ini juga termasuk dengan kemaskini FIFA World Cup yang baru sahaja diberi beberapa hari yang lepas.

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda boleh muat turun melalui halaman ini.

EA juga baru sahaja mengumumkan FIFA 19, yang dimana akan menyampaikan kandungan UEFA Champions League, sekaligus mengambil lesen esklusif dari PES oleh Konami untuk tahun ini. FIFA 19 akan mula dipasarkan pada 28hb September tahun ini untuk PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch.