fbpx

E3 2018: Senarai Penuh Pengumuman Permainan Video Dari EA

Seperti biasa, EA Play dimulakan dengan pelbagai pengumuman permainan video mereka, namun banyak pendapat menyatakan ianya tidaklah sehebat yang disangka. Tiadapun berita yang agak mengejutkan, kecuali dua permainan EA Originals kali ini (yang kebiasaanya hanya satu)

Namun, jikalau anda terlepas sidang media EA Play sebentar tadi, berikut adalah rangkuman semula berdasarkan permainan video yang diumum oleh mereka.

Battlefield V

Siri permainan FPS terkenal oleh DICE kali ini ditumpukan dengan ketiadaan Loot Boxes mahupun pas premium. DICE juga mengesahkan bahawa perlawanan konsep battle royale akan dibawa kelak. Video trailer diatas juga diumum untuk menunjukkan gameplay secara multiplayer.

Untuk kandungan single-player, War Stories akan dipaparkan pada sidang media Xbox esok.

FIFA 19

Sebuah kandungan utama yang diutarakan adalah adanya UEFA Champions League pada FIFA 19 nanti. The Journey, sebuah mod dengan jalan cerita menunjukkan Alex Hunter untuk mencapai impian untuk memenangi Champions League Cup.

FIFA 19 akan mula dipasarkan 28hb September untuk PS4, PC, Xbox One mahupun Nintendo Switch.

Dalam masa yang sama, pemain boleh bermain FIFA 18 secara percuma sebagai “free trial” bermula dari hari ini sehingga 15hb Jun nanti.

- Iklan -

Star Wars Jedi: Fallen Order

Bagi kami, ini adalah pengumuman yang agak pelik. Pemilik studio Respawn Entertainment, Vince Zampella, mengumumkan permainan baharu Star Wars dari mereka adalah bernama Star Wars Jedi: Fallen Order, yang akan ditempatkan semasa “zaman gelap” untuk generasi Jedi. Apa yang janggalnya, pengumuman tersebut tidak dibuat diatas pentas, namun lebih kepada disebalik tabir. Tiada info, mahupun gambar atau video juga logo diumum oleh syarikat yang sama disebalik pembikinan siri Titanfall ini.

Apapun, permainan ini akan dipasarkan pada penghujung 2019.

Kemaskini Star Wars Battlefront II

Walaupun diselubungi oleh beberapa kontroversi, Battlefront II masih akan mendapat kemaskini yang lebih memfokuskan perang askar klon didalam kandungan baharau, Clone Wars.

Peta baharu, sekaligus peta terbesar di Battlefront II akan memberi peluang kepada pemain untuk menggunakan General Grievous, Obi-Wan Kenobi, Count Dooku dan Anakin Skywalker sebagai karakter mereka minati.

Unravel Two

Permainan EA Original “platformer” yang tidak disangka ramai ini kini mendapat sekuel. Karakter Yarnys kini berdua dengan membolehkan pemain bermain sebagai co-op. Namun dua karakter ini hanya boleh dimain oleh seorang namun dapat mengawal dua Yarnys dalam satu masa.

Kejutan besar mengenai permainan ini? Ianya telahpun mula dijual sekarang untuk PS4 (RM74 untuk PS Store Asia), PC dan  Xbox One.

Sea Of Solitude

- Iklan -

Lagi satu permainan EA Original yang dibawakan oleh Jo-Mei.

Mereka memberi gambaran bahawa ianya sebuah permainan pengembaraan third-person. Siri ini agak baik dan semestinya mempunyai potensi untuk pergi jauh, walaupun ianya lebih fokus kepada jalan cerita.

Permainan ini akan mula dijual pada awal tahun 2019.

NBA Live 2019

Lagi satu penambahbaikan permainan bola keranjang oleh EA. NBA Live 2019 akan membawakan gelanggang luaran dari tempat terkenal di seluruh dunia sehinggan kebolehan untuk memilik skuad dengan merekrut pemain pro atau legenda NBA. Fungsi baharu, Icon Progression System juga diumum dimana pemain boleh bina avatas mereka sendiri untuk memadankan dengan NBA Greats.

Ianya mula dijual pada 7hb September nanti untuk PS4 dan Xbox One.

Madden NFL 19

Lagi satu permainan sukan yang akan dijual secara tahunan oleh EA. Madden NFL 19 akan membawa penambahbaikan kawalan, kualiti grafik, lebih banyak Madden Ultimate Team (MUT) dan mod story yang lebih iaitu, Longshot.

- Iklan -

10hb Ogos adalah tarikh jualannya untuk PS4, Xbox One, dan akhirnya untuk PC setelah diberhentikan untuk platform ini sekian lama.

Command And Conquer Rivals

Sebuah permainan Command And Conquer untuk mudah alih? Yup.

Dipaparkan pada pentas tadi dengan tajuk permainan tersebut, ianya juga membawakan video gameplay untuk siri C&C ini kepada platform mudah alih.

Ianya akan mula berada di Android dan iOS kelak.

Anthem

Taruhan Bioware dengan IP baharu dan mungkin terkahir mereka menunjukkan video trailer sinematik, dengan lebih banyak info dan gameplay ditunjukkan pada pentas EA sebentar tadi. Ianya tidak akan mempunyai loot boxes, pemain boleh pilih sehingga empat jenis class mengikut dari exosuits Javeline dan berkebolehan untuk menukar class pada bila-bila masa. Ianya juga akan sokong empat orang untuk co-op.

Anthem akan mula dijual pada 22hb February untuk PS4, PC dan Xbox One.

- Iklan -

Rakan kami di Gamer matters akan membawakan program striman secara langsung kelak, maklumat lanjut disini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -