Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

E3 2018: Tarikh Pasaran Anthem Ditetapkan

36

IP baharu Bioware, Anthem kini mempunyai tarikh muktamad untuk dipasarkan. Aksi RPG ini mempunyai elemen yang hampir sama dengan permainan seperti Destiny, Monster Hunter dan Mass Effect Andromeda sepertimana dipaparkan pada pengakhiran acara EA Play awal pagi tadi.

Dunia Anthem yang sepatutnya dibina oleh penciptanya dan tidak siap sepenuhnya, maka keadaan dunia tersebut amat tidak stabil dimana pelbagai bencana alam terjadi. Maka, penghuni dunia tersebut mencipta exosuit Javelin untuk teruskan kehidupan mereka.

Pemain akan bermain sebagai freelancer yang mempunyai kuasa kawalan exosuits ini mengikut jenis kelas yang boleh ditukarkan pada bila-bila masa.

Anthem akan membawakan dunia yang unik untuk pemain meneroka didalam pandangan pertama, saling jumpa karakter yang lain untuk mengetahui lebih tahu mengenai dunia ini. Selepas itu, pemain akan mula menerokai bersama dengan yang lain yang dimana fungsi multiplayer co-op boleh digunakan sehingga bersama tiga rakan dalam masa yang sam.

Tiada kotak tikam ataupun pilihan untuk beli-untuk-menang akan didalam permainan ini. Hanya pilihan kosmetik sahaj boleh dibeli melalui sistem mikrotransaksinya. Dunia Anthem ini akan sentiasa ditambah baik dengan pelbagai kandungan, serupa seperti Destiny.

Anthem akan mula dipasarkan pada 22hb Februari untuk PS4, PC dan Xbox One.